top of page

CHELSEA BERTEMU JOHOR DARUL TA'ZIM DALAM AKSI BERSEJARAH OGOS INI

  • Writer: Editor
    Editor
  • 3 days ago
  • 2 min read

Chelsea F.C. bakal turun menentang Johor Darul Ta'zim F.C. dalam satu aksi persahabatan berprestij di Stadium Sultan Ibrahim pada 11 Ogos 2026, jam 8 malam.


Perlawanan yang dianjurkan oleh TEG Sport itu menjadi aksi pra-musim terakhir Chelsea menjelang kempen 2026/27 dan turut memberi peluang kepada JDT menguji kekuatan menentang antara kelab elit Eropah di laman sendiri.


Stadium bertaraf dunia milik Harimau Selatan itu mampu menampung kira-kira 34,000 penyokong dan dijangka dipenuhi peminat bola sepak dari seluruh Malaysia serta Asia Tenggara.


Chelsea hadir ke Malaysia dengan reputasi sebagai juara semasa Piala Dunia Kelab FIFA dan antara kelab paling berjaya dalam bola sepak moden.


Kelab dari London itu memiliki pelbagai trofi utama termasuk Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA. Musim 2026/27 juga menyaksikan pelantikan Xabi Alonso sebagai pengurus baharu mereka.


Bagi JDT pula, aksi ini menjadi simbol peningkatan status kelab dalam arena Asia selepas mendominasi bola sepak Malaysia dengan 12 kejuaraan Liga Super berturut-turut selain kejayaan di pentas Asia termasuk menjuarai Piala AFC. Bermain di hadapan penyokong sendiri, skuad Harimau Selatan dijangka memberikan tentangan sengit kepada gergasi England itu.


Pengarah Operasi Bola Sepak Chelsea, Pete Nuttall berkata, pihaknya teruja kembali ke Malaysia buat kali pertama sejak 2013 dan menyifatkan rantau Asia Tenggara mempunyai kelompok penyokong bola sepak yang sangat bersemangat.


Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis García pula menyifatkan perlawanan itu sebagai satu pencapaian besar buat kelab dan bukti kedudukan JDT yang semakin dihormati di Asia. Menurutnya, Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi pentas malam istimewa yang sukar dilupakan oleh penyokong bola sepak tempatan.


Sementara itu, Pengarah Urusan TEG Sport, Rachael Carroll berkata pihaknya tidak sabar menyaksikan sendiri suasana luar biasa penyokong Malaysia dalam perlawanan bersejarah tersebut.

Tiket perlawanan boleh dapatkan di tickethotline.com.my

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page