top of page

HARIMAU MALAYA: AKSI SEIMBANG DALAM PERLAWANAN PERSAHABATAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • May 29
  • 1 min read

ree

Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Cape Verde 1-1 dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.


Turun beraksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Malaysia bertemu lawan yang menghuni tangga ke-72 dunia, Cape Verde.

ree

Cape Verde mendahului seawal minit kelapan, Sidny Cabral, berjaya memperdaya pertahanan negara, Daniel Ting untuk mencari ruang dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan deras yang gagal dinafikan Syihan Hazmi Mohamed.


Permainan pantas daripada segi menggerakkan bola ketika menyerang serta bertahan menyaksikan mereka memastikan membawa kelebihan satu jaringan menuju bilik persalinan.


Selepas perlawanan bersambung, Harimau Malaya bagai dihembus semangat baharu apabila mengubah corak permainan dan menghadirkan ancaman demi ancaman ke arah kubu pertahanan Cape Verde.


Bermula dengan percubaan Arif Aiman Md Hanapi sebelum Corbin Ong turut berpeluang untuk mendapatkan gol penyamaan.

ree

Saat yang dinantikan akhirnya kunjung tiba apabila gerakan pemain yang dibawa masuk, Endrick dos Santos melakukan lorongan buat Quentin Cheng bijak mencari Paulo Josue untuk mudah menampan masuk gol penyamaan pada minit ke-79.


Gol tersebut terbukti cukup untuk Malaysia memastikan mereka menamatkan permainan tanpa mengalami kekalahan sebelum menghadapi Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bulan depan.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page