top of page

JDT: IBRAHIM MANUSI KINI MILIK HARIMAU SELATAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jun 16
  • 1 min read

ree

Johor Darul Ta’zim (JDT) memperkenalkan rekrut ke-3 bagi musim akan datang dengan ketibaan pemain tengah makin meningkat naik, Ibrahim Manusi.


Pengumuman ini dibuat menerusi sebuah hantaran video di laman media sosial yang menyaksikan Ibrahim Manusi hadir menyarung jersi JDT sekaligus menjadi pemain baharu kelab gergasi tanah air itu.

”Hanya ada satu tempat untuk membawa bola sepak ke tahap lebih tinggi.”

”Selamat datang ke keluarga Harimau Selatan, Ibrahim Manusi,” umum JDT dalam sebuah hantaran.

Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim Manusi, memikat juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk menandatanganinya sebagai pemain baharu menjelang musim akan datang, Ogos ini.


Tanpa menunggu lama, JDT segera menyambar khidmat Ibrahim Manusi selaku pemain tempatan baru memperkuat skuad Xisco Munoz dan bakal bergandingan bersama beberapa bintang terbaik kancah tempatan.


Untuk rekod, Ibrahim Manusi merupakan produk Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar dan kini dia kembali semula ke bumi Johor untuk menabur bakti.


Ibrahim telah melakukan 29 penampilan bersama Sri Pahang dalam semua pertandingan musim lalu.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page