top of page

JDT BAKAL BERAKSI DALAM KEJOHANAN PRA MUSIM PRESIDEN CUP

  • Writer: Editor
    Editor
  • 16 hours ago
  • 1 min read

Johor Darul Ta'zim kini disebut-sebut bakal menyertai kejohanan pramusim berprestij di Indonesia, iaitu Piala Presiden menjelang musim 2026/27.


Secara ringkas, Piala Presiden merupakan kejohanan pramusim anjuran Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) yang menghimpunkan kelab-kelab ternama Indonesia bersama beberapa pasukan jemputan luar negara.


Edisi 2025/26 sebelum ini menyaksikan penyertaan Port FC dan Oxford United, sekali gus meningkatkan profil kejohanan tersebut di peringkat antarabangsa.


Terbaharu, wartawan sukan Thailand, Jay Worapath mendakwa JDT antara pasukan luar negara yang dijangka menyertai kejohanan berkenaan.



“Port FC sedang merancang lebih awal untuk pramusimnya, menguji pasukan sebelum bertanding dalam ACLE dan Shopee Cup.


“Rancangannya adalah untuk mempertahankan gelaran pramusim mereka di kejohanan Piala Presiden, yang dijangka akan melibatkan pasukan seperti Johor, Lion City Sailors dan Persib Bandung,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Sekiranya laporan itu menjadi kenyataan, kejohanan tersebut dijangka menjadi tumpuan peminat bola sepak ASEAN kerana bakal menemukan beberapa kuasa besar serantau seperti Lion City Sailors, Persib Bandung dan JDT dalam aksi kompetitif pramusim.


Sebelum ini, DPMM FC turut mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan sama sebagai persiapan menghadapi musim baharu.


Dalam perkembangan lain, JDT dijadualkan berdepan gergasi England, Chelsea FC dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 11 Ogos depan, yang dijangka menjadi antara perlawanan paling dinanti peminat bola sepak Malaysia.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page