top of page

JDT II JUARA LIGA A1 SEMI-PRO 2025/26

  • Writer: Editor
    Editor
  • 3 days ago
  • 1 min read

Kredit Foto Johor Southern Tigers
Kredit Foto Johor Southern Tigers

Aksi penutup Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 berlangsung penuh meriah apabila juara baharu, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), turun melayan cabaran Imigresen FC II di Stadium MBPG, malam tadi.


Perlawanan yang bermula jam 8.45 malam itu pastinya menjadi pentas sambutan buat skuad muda Harimau Selatan selepas mereka sah dinobatkan sebagai juara Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Sebelum itu, kejayaan JDT II telah disahkan selepas bangkit mengikat Kelantan WTS FC 2-2 di Stadium Sultan Muhammad IV dalam aksi minggu lalu, sekali gus mengesahkan kedudukan mereka tidak lagi mampu dipintas pencabar terdekat, Selangor II.



Lebih manis, kejuaraan itu hadir buat kali pertama dalam sejarah penyertaan JDT II di pentas Liga A1 Semi-Pro.


Majlis penyerahan medal dan trofi kejuaraan telah berlangsung sejurus tamat perlawanan di Stadium MBPG sebagai simbol kejayaan cemerlang skuad kendalian JDT II sepanjang kempen musim 2025/2026. Trofi disampaikan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor merangkap Bendahari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Yang Berhormat Dato’ Hj Ismail bin Karim diiringi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak FAM, YBhg. Datuk Noor Azman bin Hj Rahman.


Turut sama Ketua Pegawai Operasi Johor Darul Ta’zim, Encik Alistair Edward, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pasir Gudang merangkap Pengurus Pasukan Johor Darul Ta’zim II, YBhg. Datin Paduka Hajah Hazlina binti Jalil dan Ketua Pegawai Operasi Amateur Football League (AFL), Encik Mohd Raimi Fakri bin Mohd Fuad.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page