top of page

JDT PERKUAT JENTERA SERANGAN, SHAHAB ZAHEDI DARI IRAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 1
  • 1 min read

Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan kemasukan penyerang Iran, Shahab Zahedi, sebagai pemain baharu skuad Harimau Selatan bagi menghadapi musim 2026/2027.


Pengumuman itu dibuat menerusi hantaran rasmi di platform media sosial Johor Southern Tigers yang memperkenalkan pemain berusia 31 tahun itu di Stadium Sultan Ibrahim.



Dalam video dan gambar yang dikongsikan, Shahab dilihat mengenakan jersi JDT bernombor 7, yang bakal digunakan sepanjang musim baharu.


"Shahab Zahedi sang juara, selamat datang ke Rumah Sang Juara," menurut kenyataan ringkas yang dimuat naik pihak pengurusan kelab.


Shahab menyertai JDT selepas menamatkan khidmat bersama kelab Liga J1 Jepun, Avispa Fukuoka. Sepanjang kariernya, beliau turut memiliki pengalaman beraksi di beberapa liga luar negara termasuk Iran, Korea Selatan dan Ukraine.


Musim lalu, penyerang kelahiran Iran itu membuat tujuh penampilan bersama Avispa Fukuoka dan menjaringkan satu gol.


Kehadiran Shahab dijangka memperkukuhkan jentera serangan Harimau Selatan dalam usaha mempertahankan dominasi mereka di pentas domestik serta mengharungi kempen pertandingan peringkat Asia pada musim baharu.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page