top of page

LIGA SUPER: JDT UCAP TERIMA KASIH, LEPASKAN HEBERTY DAN PARK JUN-HEONG

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 3
  • 1 min read

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini merakamkan penghargaan kepada Heberty Fernandes dan Park Jun-Heong atas segala jasa, komitmen serta sumbangan mereka sepanjang bersama skuad Harimau Selatan.


Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform rasmi kelab, JDT turut mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain itu dalam meneruskan perjalanan karier masing-masing.


Menurut kenyataan berkenaan, sumbangan besar yang dicurahkan sepanjang menyarung jersi Harimau Selatan akan sentiasa dikenang dan mereka kekal dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga besar JDT.



"Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Heberty Fernandes dan Park Jun-Heong atas segala jasa, komitmen dan kejayaan yang telah kami kecapi sepanjang mereka menyarung jersi Harimau Selatan.


"Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan kerjaya anda semua. Setelah memberikan sumbangan yang begitu besar kepada kelab, para pemain ini akan sentiasa kekal sebagai sebahagian daripada Keluarga JDT," menurut kenyataan itu.


Dalam perkembangan sama, JDT memaklumkan bahawa Nazmi Faiz Mansor, Ibrahim Manusi dan Ajdin Mujagić akan meninggalkan kelab buat sementara waktu selepas dipinjamkan ke pasukan lain bagi menghadapi musim baharu.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page