top of page

PEMAIN COLUMBIA KEVIN MEDINA, BINTANG BAHARU HARIMAU SELATAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 3
  • 1 min read

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), terus memperkukuhkan barisan skuadnya bagi menghadapi musim 2026/27 apabila mengumumkan kehadiran pertahanan tengah dari Colombia, Kevin Medina.


Pengumuman mengenai perpindahan pemain berusia 32 tahun itu dibuat menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di semua platform media sosial kelab pada Jumaat.



"Pemain Colombia, Kevin Medina, tiba di Johor. Selamat datang ke kediaman Harimau Selatan," menurut kenyataan itu.


Kevin menyertai JDT selepas menamatkan khidmat bersama kelab Azerbaijan, Qarabag FK, sekali gus menjadi pemain import keempat yang direkrut Harimau Selatan menjelang musim baharu.


Selain beraksi di posisi pertahanan tengah, beliau turut memiliki keupayaan bermain di bahagian pertahanan kiri, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada barisan kejurulatihan JDT.


Sepanjang bersama Qarabag, Kevin menikmati kejayaan cemerlang apabila membantu kelab itu menjulang kejuaraan Liga Perdana Azerbaijan sebanyak empat kali berturut-turut dari 2021 hingga 2024. Beliau turut memenangi Piala Azerbaijan pada musim 2021/22 dan 2023/24.


Kevin melengkapkan senarai pemain baharu JDT selepas kelab itu terlebih dahulu mendapatkan khidmat penyerang Iran, Shahab Zahedi, pemain tengah Slovenia, Dejan Petrovic, serta pertahanan Australia-Malaysia, Brad Tapp.


Kehadiran Kevin dijangka memperkukuhkan lagi benteng pertahanan Harimau Selatan yang bakal mengharungi saingan Liga Super, kejohanan domestik serta kempen peringkat Asia musim 2026/27.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page