top of page

JDT: SEMBILAN AKSI PRAMUSIM DI SEPANYOL, HARIMAU SELATAN PERSIAP MUSIM BAHARU

Writer: Editor
Editor
Jul 13
1 min read

Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan bakal mengharungi sembilan aksi persahabatan sepanjang program pramusim 2026/27 di Alicante, Sepanyol sebagai persiapan menghadapi kempen domestik dan antarabangsa musim baharu.


Menerusi jadual yang diumumkan pengurusan Harimau Selatan, skuad kendalian Xisco Munoz akan memulakan kempen pramusim dengan berdepan kelab gergasi Scotland, Rangers, pada 16 Julai.



JDT kemudian dijadualkan menentang wakil Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq, pada 19 Julai sebelum bertemu kelab Sepanyol, CD Contestano, sehari kemudian.

Cabaran diteruskan dengan aksi menentang kelab LaLiga, Elche, pada 24 Julai, diikuti UD Castellonense pada 25 Julai.


Costa City dan pasukan Persatuan Pemain Bola Sepak Sepanyol (AFE) pula akan menjadi lawan Harimau Selatan masing-masing pada 27 dan 28 Julai, sebelum program pramusim ditutup dengan pertemuan menentang Qatar SC pada 30 Julai serta FC Cartagena pada 31 Julai.


Selepas menamatkan kem latihan di Sepanyol, JDT dijadual mengharungi satu lagi aksi berprofil tinggi apabila bakal bertemu juara Piala Dunia Kelab FIFA 2025, Chelsea, dalam perlawanan persahabatan pada 9 Ogos.


Daripada sembilan lawan yang bakal dihadapi, Costa City bukanlah lawan asing buat JDT selepas kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam aksi pramusim tahun lalu yang menyaksikan Harimau Selatan mencatat kemenangan tipis 1-0.



Perlawanan pembukaan menentang Rangers dijangka menjadi ujian getir buat JDT memandangkan kelab Scotland itu memiliki beberapa pemain berpengalaman di pentas antarabangsa, termasuk penjaga gol Croatia, Ivor Pandur, penyerang Scotland, Lawrence Shankland serta bekas penyerang Everton, Youssef Chermiti.


Program pramusim tersebut disusun sebagai persediaan terbaik buat JDT menjelang saingan Liga Malaysia musim 2026/27, Kejuaraan Kelab ASEAN Shopee Cup serta kempen Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), dengan sasaran memastikan pasukan berada pada tahap kompetitif sebelum musim baharu membuka tirainya.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page