top of page

JOHOR CUTI PERISTIWA SEMPENA JDT JUARA PIALA MALAYSIA

  • Writer: Editor
    Editor
  • 5 days ago
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri itu sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim menjuarai Piala Malaysia musim 2025/26.


Pengisytiharan berkenaan dibuat atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selepas Harimau Selatan berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0 dalam aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil.



Kejayaan itu sekali lagi membuktikan komitmen berterusan Johor dalam membangunkan institusi bola sepak moden dan bertaraf antarabangsa sehingga terus menjadi kebanggaan Bangsa Johor serta disegani di peringkat negara dan Asia.


Kerajaan Negeri turut menjunjung kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, visi serta usaha berterusan dalam memartabatkan bola sepak Johor sehingga JDT terus melakar pelbagai kejayaan membanggakan di pentas domestik dan antarabangsa.


Kemenangan tersebut juga disifatkan sebagai hadiah istimewa buat seluruh Bangsa Johor dan penyokong setia JDT yang sentiasa berdiri teguh bersama pasukan dalam setiap perjuangan dan kejohanan yang disertai.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page