top of page

JON IRAZABAL TAMATKAN KONTRAK BERSAMA SABAH FK, BAKAL KE LIGA SUPER??

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jun 18
  • 1 min read


ree

PEMAIN berdarah kacukan Harimau Malaya, Jon Irazabal akhirnya meninggalkan kelab lamanya Sabah FK.


Pengumuman ini dibuat menerusi sebuah hantaran di laman media sosial Sabah FK yang mengucapkan terima kasih dan salam perpisahan kepada Jon Irazabal sepanjang 3 tahun di sana.

Irazabal yang merupakan pemain kelahiran Sepanyol menjadi salah seorang daripada lima tonggak warisan baharu membuat debut bersama Harimau Malaya ketika membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa lepas.


ree

Perpisahan Jon Irazabal dan Sabah ini berlaku disebabkan oleh berakhirnya kontrak pertahanan berusia 28 tahun itu sekaligus mengakhiri perjalanan bersama sejak tahun 2022 lagi.


”Sejak 2022, Jon Irazabal telah menyarung jersi skuad Sabah namun dengan tamatnya kontrak pada akhir musim ini, kami secara rasmi berpisah dengan beliau,” umum pihak kelab.


”Jon yang dihormati, terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Semoga berjaya dalam kerjaya anda!”


Untuk rekod, Jon Irazabal telah merekodkan 98 penampilan bersama Sabah dan menjaringkan 6 gol dan melakukan dua bantuan jaringan untuk pasukan gergasi Azerbaijan tersebut.

ree

Irazabal juga sempat merasai kejuaraan Piala Azerbaijan yang dimenangi oleh Sabah FK pada 31 Mei lalu selain membantu kelab itu muncul naib juara dan tempat ke-3 Liga Azerbaijan.


Kini, masa hadapan Jon Irazabal menjadi perhatian peminat bola sepak tempatan sama ada bakal terus berkelana di luar negara atau beraksi di Liga Malaysia seperti yang dilaporkan sebelum ini. Sumber Artikel Makan Bola

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page