top of page

KEBANGKITAN “Si Budak Ajaib” | The Silent Assassin” RETURNS.

  • Writer: Editor
    Editor
  • 4 days ago
  • 2 min read


ENAM BULAN MOTIVASI RUNTUH!


Pada November 2025, Arif Aiman Hanapi diuji dengan kecederaan serius yang memaksanya berehat panjang. Sudah pasti pelbagai emosi negatif menguasai diri.


Siapa yang tidak risau apabila prestasi sedang berada di tahap terbaik dan namanya mula harum di pentas Asia, namun tiba-tiba diuji dengan kecederaan?


RAWATAN DI FASILITI BERTARAF DUNIA


Sejurus mengalami kecederaan, Arif Aiman diterbangkan ke Eropah untuk mendapatkan rawatan khas daripada pakar bedah Ortopedik bertaraf dunia di Finland.


Dr. Lasse Lempainen memiliki reputasi yang cukup baik hasil kerjasama erat bersama kelab-kelab gergasi Eropah seperti FC Barcelona, AC Milan, Paris Saint-Germain dan Juventus FC.


Beberapa pemain bertaraf dunia seperti Ousmane Dembélé, Ronald Araújo dan Leonardo Spinazzola pernah mendapatkan rawatan intensif daripada beliau sebelum kembali beraksi di peringkat tertinggi.


SUPPORT SYSTEM DARIPADA MAJIKAN


Johor Darul Ta’zim FC sentiasa memastikan setiap pemain mendapat pemantauan dan perhatian terbaik ketika melalui tempoh sukar.


Hubungan secara langsung daripada pemilik kelab, DYAM TMJ kepada setiap pemain menjadikan antara nilai terbesar yang membuatkan mereka berasa dihargai dan terus bersemangat.



POSITIVE SELF-TALK & EFFORT


Ketika ditemu ramah selepas perlawanan akhir Malaysia Cup, Arif Aiman mengakui beliau sentiasa berusaha mendisiplinkan diri sepanjang melalui proses pemulihan.


“Positive self-talk” juga memainkan peranan penting dalam membina kekuatan mental seseorang. Ramai atlet bertaraf dunia dan individu berjaya menggunakan kaedah ini untuk meningkatkan keyakinan serta menguatkan semangat diri.


Tiada istilah peluang datang hanya sekali. Sebaliknya, peluang akan sentiasa mengetuk pintu apabila kita terus berusaha dan memberikan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi.



CUNHA DANCE | SIMBOLIK & ISYARAT KEPADA LAWAN


Pada minit ke-60, Arif Aiman Hanapi kembali ke pentas dan padang yang sama tempat beliau mengalami kecederaan enam bulan lalu. Beliau kembali memperagakan aksi dan tarian bersama bola yang cukup sinonim dengan dirinya.


Kelincahan yang dipamerkan pada malam itu membuatkan barisan pemain lawan melakukan kesilapan, sekali gus membolehkan JDT memperoleh gol pertama selepas hanya 20 minit beliau berada di atas padang.


Dengan tekad dan azam untuk mempamerkan aksi terbaik di pentas final, akhirnya satu gerakan solo disusuli ledakan leret deras bak peluru gagal dihalang penjaga gol lawan.


Jaringan tersebut menjadi titik noktah perlawanan dan menghadiahkan kemenangan mutlak buat “Harimau Selatan”.



HADIAH KEPADA SEMUA | DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL


Hadiah istimewa buat TMJ kerana sentiasa memberikan sokongan, nasihat dan menyediakan fasiliti rawatan bertaraf dunia.



HADIAH KEPADA SEMUA | XISCO MUÑOZ & PASUKAN


Buat Xisco Muñoz dan pasukan, terima kasih kerana terus memberikan kepercayaan kepada Arif Aiman untuk kembali beraksi, selain sentiasa memberikan dorongan sepanjang tempoh rawatan dan latihan.



HADIAH KEPADA SEMUA | KELUARGA


Hadiah istimewa daripada Arif buat keluarga atas sokongan, doa dan nasihat yang sentiasa menjadi sumber motivasi buat dirinya.



HADIAH KEPADA SEMUA | PENYOKONG SETIA


Sudah tentu sentuhan ajaibnya dirindui penyokong setia Harimau Selatan. Gol kemenangan tersebut bukan sahaja menghadiahkan “Hari Cuti Peristiwa” buat seluruh Bangsa Johor, malah menjadi pelengkap untuk meraikan “Majlis Pernikahan” yang bakal berlangsung kelak.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page