top of page

KEJAYAAN JDT: HASIL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN BIJAK TMJ

  • Writer: Editor
    Editor
  • Apr 15
  • 2 min read

Musim 2024-2025 mencatat sejarah luar biasa buat kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila semua pasukannya — dari senior hingga ke pasukan remaja dan futsal — berjaya merangkul kejuaraan dalam liga masing-masing.


Ini bukan sahaja mencerminkan dominasi sukan oleh JDT, tetapi lebih penting, ia menjadi simbol kejayaan sebuah sistem pengurusan bola sepak yang cekap, tersusun dan berpandangan jauh.



“Apabila kepala betul, ekor pun betul.”


Demikian pesanan ringkas tetapi bermakna daripada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang menggambarkan asas kepada segala kejayaan yang dicapai JDT sejak 12 tahun lalu.


Tidak dapat dinafikan, faktor utama kepada kejayaan luar biasa ini adalah kepimpinan baginda yang luar biasa — berpaksikan disiplin, integriti, pelaburan berstrategi dan visi jangka panjang.


Kejayaan JDT bukan semata-mata kerana kekuatan kewangan atau penajaan besar.


Banyak pasukan lain di Asia Tenggara memiliki dana yang mencukupi, namun tiada yang mampu menyaingi konsistensi dan kualiti seperti yang ditunjukkan JDT.


Ini membuktikan bahawa apa yang membezakan JDT adalah pengawasan rapi dan pengurusan berasaskan sistem yang ditanam sendiri oleh TMJ.


Baginda tidak sekadar menjadi penaung simbolik, tetapi turun padang memantau segala aspek — daripada pelaburan fasiliti, pemilihan pemain, pengurusan staf kejurulatihan hinggalah kepada pembangunan akar umbi.


Pusat latihan bertaraf dunia, stadium moden, pembangunan akademi remaja, serta sokongan terhadap sukan futsal adalah antara inisiatif baginda yang kini menunjukkan hasil.



Tidak hanya berbangga dengan trofi pasukan utama, kejayaan JDT II, JDT III, JDT IV, JDT U17 dan JDT Futsal dalam musim yang sama membuktikan betapa menyeluruhnya sistem pembangunan JDT.


Kejayaan ini bukan sahaja harus dipuji oleh penyokong bola sepak Malaysia, malah ia wajar dijadikan model oleh persatuan dan pasukan bola sepak lain di negara ini.


TMJ telah membuktikan bahawa dengan pengurusan moden, matlamat jelas dan komitmen sepenuh hati, bola sepak Malaysia masih mampu berdiri megah di persada serantau dan antarabangsa.


JDT bukan sekadar kelab bola sepak — ia adalah institusi sukan profesional yang dibina atas visi dan semangat seorang pemimpin luar biasa. - MYNEWSHUB

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page