MALAM GEMILANG AIRF AIMAN, JADI HADIAH HARI BAHAGIA
- Editor

- 5 days ago
- 1 min read

Johor Darul Ta’zim FC meneruskan dominasi mereka di dalam kejohanan Piala Malaysia apabila mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut sejak 2022.
Hampir 180 hari tidak beraksi, tidak menjadi ianya adalah halangan buat Arif Aiman Hanapi untuk membantu pasukannya untuk menang dengam dua jaringan tanpa balas. Sebelum beliau dibawa masuk, Arif Aiman ada mengungkapkan kata-kata buat Xisco Munoz dan perkara ini dikongsikan oleh jurulatih kelahiran Sepanyol tersebut semasa sesi sidang media pasca perlawanan. “Apabila Arif hendak masuk ke padang, dia beritahu saya, ‘coach, tenang. Tiada masalah, saya boleh ubah keadaan’ dan dia memang melakukannya,” cerita beliau lagi.
Namun Marcos Guilherme terlebih dahulu memecah kebuntuan jaringan apabila melakukan satu “curling shot” bertaraf dunia untuk mendapatkan gol pertama JDT pada minit ke-81.
Arif Aiman Hanapi membuktikan kelibat dan bisanya masih ada dengan penuh yakin melakukan satu tendangan leret bak peluru pada waktu kecederaan untuk mengesahkan kejuaraan buat Johor Darul Ta’zim FC.

Dengan kecemerlangannya itu, Arif Aiman juga dianugerahkan Pemain Terbaik Perlawanan Akhir sekaligus memberikan isyarat yang beliau akan kembali dengan lebih hebat untuk musim akan datang. Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT) itu juga akan menamatkan zaman bujangnya apabila dijadual melangsungkan perkahwinan pada esok. Selamat Pengantin Baru Arif Aiman dan pasangan.





Comments