top of page

PIALA FA: JARINGAN MINIT AKHIR ROMEL MORALES LAKAR KEMENANGAN JDT

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 19, 2024
  • 1 min read

ree

Johor Darul Ta'zim melakar kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala FA di Stadium Darulaman, sebentar tadi.


JDT mendahului pasukan tuan rumah 1-0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Oscar Arribas pada minit ke-24 selepas menerima hantaran cantik daripada Heberty Fernandes untuk meletakkan JDT dihadapan.


Separuh masa kedua menyaksikan JDT lebih agresif mengasak kubu pertahanan Sang Kenari tetapi Kalamullah Al-Hafiz berjaya menyelamatkan gawang daripada bolos dengan jaringan besar.


Begitupun, anak buah Nafuzi Zain berjaya memecahkan kebuntian jaringan melalui tandukan Habib Haroon pada minit ke-87 perlawanan untuk menyamakan kedudukan 1-1.


Romel Morales muncul wira Harimau Selatan selepas menolak masuk bola dalam waktu kecederaan untuk memastikan JDT berkelebihan dengan satu jaringan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim nanti.

Sumber Artikel Stadium Astro

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page