top of page

PIALA MALAYSIA: JDT MELANGKAH BERGAYA KE SEPARUH AKHIR ATASI NEGERI SEMBILAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • Sep 24, 2023
  • 1 min read

Updated: Sep 24, 2023


ree

Juara bertahan Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) mara ke separuh akhir apabila membenam cabaran Negeri Sembilan.


ree

Aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan Harimau Selatan bermula garang dengan dua gol awal Bergson pada minit ke-6 dan 11 sebelum Juan Muniz mencatat selaku penjaring ketiga.


ree

Negeri Sembilan cuba merapatkan kedudukan menerusi gol Zamri Ramli pada minit ke-36.


Bersambung babak kedua, skuad Jang mendapat peluang untuk menjaringkan gol kedua namun percubaan Htet Aung tersasar ke tepi gawang.


JDT pula hampir menjaringkan gol keempat namun percubaan pemain gantian, Fernando Forestieri juga tersasar.


Forestieri kembali menggegar gawang pada masa tambahan untuk mengesahkan kemenangan JDT.


ree

Keputusan kekal hingga wisel penamat sekaligus mengesahkan slot JDT di separuh akhir.


Pasukan bimbingan Tano Solari akan menanti cabaran Sabah atau Perak pada separuh akhir Piala Malaysia 2023.

Commenti

Valutazione 0 stelle su 5.
Non ci sono ancora valutazioni

Aggiungi una valutazione
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page