top of page

PIALA MALAYSIA: JUARA QUADRUPLE, EDISI KE-99 MILIK JDT

  • Writer: Editor
    Editor
  • 5 days ago
  • 1 min read

Johor Darul Ta'zim (JDT) menghadirkan permainan cukup dramatik apabila menghasilkan dua gol di penghujung permainan sebelum dinobat sebagai juara Piala Malaysia menewaskan Kuching City di TM Stadium Nasional, malam tadi.


Status pilihan utama jelas memihak kepada Johor Darul Ta'zim FC, namun Kuching City FC membuktikan mereka bukan hadir sekadar pelengkap jadual apabila memberikan tentangan sengit dalam aksi final Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Johor Darul Ta'zim menghadirkan permainan cukup dramatik apabila menghasilkan dua gol di penghujung permainan sebelum dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City FC di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.


Status pilihan utama jelas memihak kepada JDT, namun Kuching City membuktikan mereka bukan hadir sekadar pelengkap jadual apabila memberikan tentangan sengit dalam aksi final Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


Meskipun reputasi kedua-dua pasukan diibaratkan seperti langit dan bumi, perlawanan berlangsung cukup seimbang terutama pada separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.


Kuching City beberapa kali mencemaskan benteng Harimau Selatan menerusi percubaan Ramadan Saifullah, namun ketangkasan penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi memastikan gawang JDT tidak dibolosi.


Anak buah Aidil Sharin Sahak tampil berani dan disiplin sepanjang perlawanan, malah hampir mencipta kejutan terbesar musim ini apabila berjaya menyerap tekanan daripada juara bertahan itu.


Namun pengalaman dan kualiti dimiliki skuad kendalian Xisco Muñoz akhirnya menjadi pemisah apabila JDT meledak dua jaringan lewat permainan untuk mengesahkan kejuaraan.


Kejayaan itu sekali lagi mengukuhkan dominasi JDT dalam arena bola sepak tempatan apabila mereka terus menambah koleksi trofi domestik, manakala Kuching City pula tetap wajar diberikan pujian selepas mencipta sejarah mara ke final Piala Malaysia buat kali pertama.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page