PIALA SUMBANGSIH: JDT-SELANGOR BERENTAP DI ISKANDAR PUTERI
- Editor

- Jun 20, 2025
- 1 min read

Juara 11 kali berturut-turut Liga Super iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan Selangor dalam perlawanan Piala Sumbangsih 2024/25.
Pertembungan itu akan menjadi aksi pembukaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8 Ogos nanti.
Untuk rekod, Selangor membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih berdepan JDT musim lalu atas alasan keselamatan.
Perkara itu dikongsikan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini dengan menjelaskan: "Kalendar Liga Malaysia musim ini akan bermula dengan pertembungan juara Liga Super JDT dengan naib juara Liga Super Selangor dalam aksi Sumbangsih pada 8 Ogos 2025 yang juga perlawanan pembuka tirai liga di Stadium Sultan Ibrahim." katanya.










Comments