SHOPEE CUP: BURIRAM UNITED TEWASKAN JDT, BAWA BEKALAN SELESA KE THAILAND
- Editor

- May 7
- 1 min read

Johor Darul Ta'zim berada dalam misi sukar untuk mara ke final Shopee Cup selepas tewas 1-3 kepada Buriram United dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim.
Pasukan dari Thailand itu membawa bekalan selesa dua gol menjelang aksi timbal balik di laman sendiri pada 13 Mei nanti.
Buriram membuka jaringan menerusi penyerang Brazil, Guilherme Bissoli pada minit ke-34 sebelum Goran Causic menambah gol kedua menjelang tamat babak pertama.
Tersentak dengan dua gol awal, JDT cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan beberapa pertukaran dilakukan pengendali pasukan untuk menghidupkan jentera serangan.
Usaha Harimau Selatan akhirnya berhasil apabila Ager Aketxe merapatkan kedudukan pada minit ke-91 sekali gus memberi harapan buat tuan rumah.

Namun kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Bissoli sekali lagi menghukum benteng JDT menerusi gol kedua peribadinya pada minit ke-93 untuk memastikan Buriram pulang dengan kemenangan 3-1.
Keputusan itu menyaksikan JDT perlu mencipta kebangkitan besar di Thailand jika mahu menempah tiket ke final Shopee Cup.





Comments