top of page

SHOPEE CUP: DUA KAD MERAH BURIRAM, JDT GAGAL MANFAAT DALAM MASA TAMBAHAN

  • Writer: Editor
    Editor
  • 6 minutes ago
  • 1 min read

Photo Aseanutdfc
Photo by Aseanutdfc

Impian Johor Darul Ta'zim untuk melangkah ke pentas final Piala Shopee Kejuaraan Kelab Asia (ACC) berkecai selepas tewas secara agregat 3-4 kepada Buriram United dalam aksi separuh akhir kedua yang penuh dramatik di Thailand, malam tadi.


Meskipun berjaya mencatat kemenangan 2-1 di gelanggang lawan, skuad Harimau Selatan tetap gagal mara apabila kekalahan 1-3 pada aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu akhirnya menghantui perjalanan mereka.



Perlawanan berlangsung cukup mendebarkan sepanjang 120 minit dengan anak buah Xisco Munoz tampil garang memburu kebangkitan sejak wisel pertama.


JDT berada di landasan terbaik apabila mendahului 2-0 hasil sepakan penalti Bergson da Silva sebelum Marcos Guilherme menggandakan jaringan pada minit ke-62 sekali gus menyamakan agregat 3-3.


Keadaan semakin memihak kepada wakil Malaysia itu apabila Buriram terpaksa beraksi dengan sembilan pemain selepas dua tonggak mereka dilayangkan kad merah.


Namun, ketika Harimau Selatan dilihat semakin hampir mencipta kebangkitan sensasi, Kingsley Schindler muncul watak pemusnah apabila meledak jaringan penting pada masa tambahan untuk menghidupkan semula kelebihan agregat tuan rumah.


Gol itu nyata mematahkan semangat JDT yang terus berusaha memburu jaringan tambahan sehingga tamat permainan, namun keputusan kekal memihak kepada Buriram yang mengesahkan tiket ke final dengan agregat 4-3.



Kekalahan itu sekali gus menamatkan impian JDT untuk memburu gelaran ‘King of ASEAN’ musim ini biarpun mereka mempamerkan semangat juang tinggi dalam aksi penuh dramatik tersebut.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page