top of page
News


LIGA MALAYSIA KINI DI KEDUDUKAN KETIGA PALING BERNILAI DI ASEAN
Liga Super Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara liga terbaik di Asia Tenggara apabila muncul sebagai liga domestik ketiga paling bernilai di rantau ASEAN bagi musim 2025/26. Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan ASEAN Football dan Transfermarkt, nilai keseluruhan Liga Super Malaysia kini mencecah €56.82 juta (RM289 juta), sekali gus meletakkan Malaysia di belakang Indonesia Super League dan Thai League 1 dalam senarai liga paling bernilai di rantau in

Editor
May 292 min read


BOJAN HODAK KEMBALI KE KOTA BHARU, UBATI RINDU PENYOKONG TRW
Kelibat bekas ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak dijangka kembali menghangatkan suasana bola sepak di Kota Bharu apabila diumumkan sebagai antara watak utama yang bakal memeriahkan aksi persahabatan Ex Kelantan menentang Ex Thailand, Jumaat ini. Perlawanan anjuran Regles itu pastinya mencuri perhatian penyokong setia The Red Warriors (TRW) apabila beberapa nama besar yang pernah mencipta kegemilangan bersama Kelantan turut disahkan turun beraksi. Antara legenda yang bakal

Editor
May 282 min read


'THE FANDI BROTHERS’ DIJANGKA TINGGALKAN LIGA THAILAND
BINTANG bola sepak Singapura, tiga beradik keluarga Fandi iaitu Irfan Fandi, Ikhsan Fandi dan Ilhan Fandi dijangka mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Thailand selepas masa depan mereka bersama kelab masing-masing tidak lagi terjamin. Irfan Fandi, 28, dilaporkan sudah menamatkan kontraknya bersama kelab terkenal Thai League, Port FC manakala dua lagi adiknya, Ikhsan Fandi, 27, dan Ilhan Fandi, 23, dilepaskan oleh BG Pathum United dalam proses rombakan pemain impor

Editor
May 282 min read


'LIGA BOLA SEPAK RAKYAT PAHANG 1ST' JADI PLATFORM SATUKAN KOMUNITI
PAHANG bakal menyaksikan penganjuran sebuah kejohanan bola sepak akar umbi berskala besar menerusi Kejohanan Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 yang dijangka menjadi medan mencungkil bakat baharu serta memperkukuh perpaduan masyarakat. Pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang 1st Merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 telah di rasmikan oleh Menteri besar Pahang, Dato' Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail di Stadium Darul Makmur, Kuanta

Editor
May 282 min read


AIDIL SHARIN KEKAL BERSAMA KUCHING CITY SEHINGGA 2029
KUCHING CITY FC terus mengorak langkah dalam memperkukuhkan pasukan apabila mengumumkan Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak, menandatangani lanjutan kontrak sehingga tahun 2029. Keputusan itu mencerminkan keyakinan penuh pihak pengurusan terhadap kemampuan pengendali dari Singapura itu dalam memacu skuad The Cats terus bersaing di peringkat tertinggi bola sepak Malaysia dan Asia. Sejak mengambil alih pasukan, Aidil Sharin berjaya memainkan peranan penting dalam membentuk iden

Editor
May 281 min read


JDT BAKAL BERAKSI DALAM KEJOHANAN PRA MUSIM PRESIDEN CUP
Johor Darul Ta'zim kini disebut-sebut bakal menyertai kejohanan pramusim berprestij di Indonesia, iaitu Piala Presiden menjelang musim 2026/27. Secara ringkas, Piala Presiden merupakan kejohanan pramusim anjuran Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) yang menghimpunkan kelab-kelab ternama Indonesia bersama beberapa pasukan jemputan luar negara. Edisi 2025/26 sebelum ini menyaksikan penyertaan Port FC dan Oxford United, sekali gus meningkatkan profil kejohanan tersebut d

Editor
May 281 min read


PMX RASMIKAN AKADEMI BOLA SEPAK DNA FAISAL HALIM
Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim merasmikan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, Isnin lalu dalam usaha memperkukuh pembangunan bola sepak akar umbi negara. Akademi berkenaan yang dicetuskan pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim dilihat mampu menjadi platform penting untuk mencungkil lebih ramai bakat muda khususnya di Pulau Pinang. Menurut Anwar, penubuhan akademi itu bukan sekadar menyediakan pusat latihan bola sepak, malah memainkan p

Editor
May 281 min read
bottom of page

