top of page

LIGA SUPER: JDT SAMBUT RAYA AWAL, JUARAI LIGA SUPER KALI KE-12

  • Writer: Editor
    Editor
  • Mar 16
  • 1 min read

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan dominasi dalam bola sepak tempatan apabila mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut selepas menewaskan DPMM FC 3-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam tadi.



Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sudah tidak mampu dipintas pencabar lain walaupun masih berbaki lima perlawanan liga musim ini.


JDT membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Ager Aketxe, selepas dua percubaan terdahulu dibatalkan akibat ofsaid.


Pasukan tuan rumah hampir merapatkan kedudukan pada minit ke-55 melalui Jordan Murray, namun jaringan tersebut turut dibatalkan selepas semakan ofsaid.


Skuad kendalian Xisco Muñoz kemudian menggandakan kelebihan pada minit ke-75 hasil jaringan Óscar Arribas, sebelum pemain gantian Marcos Guilherme menambah gol ketiga untuk memastikan kemenangan selesa.


Situasi semakin sukar buat DPMM apabila pemain mereka, Fairuz Zakaria, dilayangkan kad merah pada penghujung perlawanan.


Kemenangan itu sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah JDT dalam saingan liga musim ini sambil mengesahkan penguasaan berterusan mereka dalam Malaysia Super League.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page