top of page

LIGA SUPER: NAZMI FAIZ PERKUKUH JENTERA TENGAH THE CATS, HADAPI MUSIM 2026/27

  • Writer: Editor
    Editor
  • Jul 3
  • 1 min read

Kuching City FC terus memperkukuhkan persiapan bagi menghadapi musim 2026/27 apabila secara rasmi mengumumkan kemasukan bekas pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Nazmi Faiz, sebagai pemain baharu pasukan.


Pemain berusia 31 tahun itu dijangka memperkukuhkan jentera tengah skuad The Cats menerusi pengalaman luas yang dimilikinya di pentas domestik dan antarabangsa.


Sepanjang kariernya, Nazmi Faiz pernah mewakili skuad kebangsaan selain mencipta sejarah sebagai antara pemain Malaysia yang beraksi di luar negara, sekali gus menjadikan beliau antara pemain berpengalaman yang mampu menyumbang dari aspek kepimpinan dan kualiti di atas padang.



Kehadiran Nazmi Faiz dilihat selari dengan usaha Kuching City FC untuk membentuk skuad yang lebih mantap dan berdaya saing bagi mengharungi kempen 2026/27 yang padat, melibatkan saingan Liga Super Malaysia, Piala FA, Piala Malaysia, ASEAN Club Championship Shopee Cup serta AFC Champions League Two.


Pengurusan kelab berharap pengalaman dan kemampuan dimiliki pemain itu mampu memberikan impak positif kepada pasukan, khususnya dalam memperkukuhkan bahagian tengah selain membantu merealisasikan sasaran yang ditetapkan sepanjang musim.


Dengan gabungan pemain berpengalaman dan tenaga muda yang dimiliki, Kuching City FC optimis mampu tampil lebih kompetitif dalam semua pertandingan yang disertai musim ini.

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
© 2026 Sports Republic™.
sportsrepublic.asia & thephotoshooterz.com is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.

All Rights Reserved.  
bottom of page