LIGA SUPER: PEMAIN SLOVENIA, DEJAN PETROVIČ PERKUAT JDT MUSIM 2026/27
- Editor

- Jul 2
- 1 min read

Johor Darul Ta'zim F.C. secara rasmi memperkenalkan pemain tengah Slovenia, Dejan Petrovič sebagai pemain baharu kelab menerusi platform rasmi JOHOR Southern Tigers.
Petrovič, yang menyertai JDT dari kelab Croatia, HNK Rijeka, dilaporkan menandatangani kontrak selama empat tahun dan dijangka memperkukuhkan bahagian tengah skuad Harimau Selatan menjelang musim 2026/27.
Pemain antarabangsa Slovenia itu memiliki pengalaman beraksi di peringkat Eropah dan telah mengumpul penampilan bersama skuad kebangsaan negaranya.
Kehadiran Petrovič menambah lagi kekuatan JDT yang terus memperkukuhkan skuad dalam usaha mempertahankan dominasi di pentas domestik serta mencabar kejuaraan di peringkat Asia pada musim baharu.





Comments