top of page

PERLAWANAN SUMBANGSIH: PIALA KEKAL DI BUMI JAUHAR BUAT KALI KE-10

  • Writer: Editor
    Editor
  • Aug 8
  • 1 min read

ree

Johor Darul Ta'zim FC membuktikan yang mereka terus serius untuk menguasai Liga Malaysia 2025/2026 ini apabila berjaya mengekalkan dominasi Kejuaraan Piala Sumbangsih buat kali kelapan berturut-turut.

Sesi Latihan Pra-musim di Sepanyol nyata memupuk keserasian antara pemain apabila setiap organisasi mereka berfungsi hamper sempurna di atas padang.


Jairo Da Silva terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila berjaya menyempurnakan hantaran dari bahagian sayap kiri untuk gol pertama tuan rumah seawal minit pertama permainan.

ree

Taktikal "Parking Bus" yang diterapkan oleh jurulatih Selngor FC, Kino Katsuhito dengan meletakkan hampir 5 pemain pertahanan berjaya mengagalkan rentak serangan yang dicipta oleh Harimau Selatan.


Pengendali dari Sepanyol, Xisco Munoz pantas melakukan beberapa pertukaran taktikal sebaik sahaja separuh masa kedua bermula bagi mempertajamkan corak serangan pasukannya. Beberapa Gerakan positif berjaya dicipta ke kubu pasukan pelawat dan pada minit ke-63, Eddy Israfilov berjaya mencetak gol kedua buat Harimau Selatan.

ree

Pemain Import yang mempunyai ketinggian hampir 1.91m itu menggunakan kelebihan yang beliau miliki dengan melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan sudut dari Arif Aiman Hanapi.

ree

10 minit selepas membuat bantuan jaringan dari sepakan sudut, Arif Aiman Hanapi membuktikan "Magis" yang beliau miliki mampu menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan apabila melakukan satu Gerakan solo sebelum merembat kencang dengan kaki kanan untuk menewaskan Kalamullah Al-Hafiz untuk gol ketiga JDT.


Kemenangan sulung ditempat sendiri ini nyata menggembirakan hampir 32'777 penyokong setia mereka yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim, Iskanda Pueri pada malam ini dan membuktikan yang Johor Darul Ta'zim FC akan terus mendominasi dan mempertahankan kejuaraan yang mereka milik pada tahun lalu.

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
© 2025 Sports Republic™. All Rights Reserved.  
sportsrepublic.asia is part of The Photoshooterz (JM0664091-M)
Group of Companies.
bottom of page