PIALA SUMBANGSIH: PERTEMBUNGAN DUA SETERU PEMBUKA TIRAI LIGA MALAYSIA 2025/26
- Editor
- Aug 7
- 1 min read

Musim Liga Malaysia 2025/2026 bakal dibuka tirainya apabila pertembungan Juara Liga Super Musim lalu Johor Darul Ta’zim FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 8hb Ogos 2025 jam 9malam.
Pertembungan bagi merebut Piala Sumbangsih ini bakal berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan pasti menjanjikan perlawanan berintensiti tinggi bagi meraih mata pertama liga untuk musim ini.

Jurulatih Harimau Selatan, Xisco Munoz menyifatkan perlawanan tersebut pasti sengit dan 3 mata pertama tersebut amat penting untuk halatuju pasukan pada musim ini. Beliau menyatakan hampir 33 pemain yang ada bersedia untuk diturunkan dan turun sebagai kesebelasan utama Johor Darul Ta’zim FC.
Bagi Katsuhito Kinoshi pula, pasukan Selangor FC cukup bersedia bagi perlawanan pertama esok. Kemasukan beberapa pemain import baru, telah memberikan banyak pilihan bagi mencorak kesebelasan utama pasukan.

Walaupun JDT dianggap sebagai pasukan pilihan pada pertemuan tersebut, persiapan rapi dan beberapa pilihan taktikal yang telah direncanakan sewaktu sesi latihan pasti mampu diterjemahkan oleh para pemain bagi memberikan saingan pada perlawanan tersebut.
Mampukah “Gergasi Merah” melakukan kejutan pada perlawanan Piala Sumbangsih 2025/2026 itu atau Sang “Harimau Selatan” akan keluar sebagai pemenang bagi mempertahankan kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut sejak tahun 2018.
Comments