top of page
News


PIALA DUNIA: SENARAI PENJARING TERBANYAK,MESSI, MBAPPÉ DAN HAALAND BERKONGSI TAKHTA
Perebutan anugerah Kasut Emas (Golden Boot) Piala Dunia FIFA 2026 kini menjadi antara tumpuan utama kejohanan apabila tiga penyerang bertaraf dunia berkongsi kedudukan teratas dalam senarai penjaring terbanyak. Setakat tamat aksi pusingan 16 terbaik, penyerang Perancis, Kylian Mbappé, kapten Argentina, Lionel Messi, dan bintang Norway, Erling Haaland, masing-masing telah meledak tujuh gol, sekali gus menjadikan saingan untuk muncul penjaring terbanyak kejohanan kali ini antar

Editor
Jul 72 min read


PIALA DUNIA: TANGAN GHAIB TRUMP CUBA BANTU USA, TIADA KEBERKATAN
Belgium mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Amerika Syarikat dalam aksi pusingan 16 terbaik, dengan Charles De Ketelaere muncul watak utama apabila meledak dua gol untuk membantu Red Devils meneruskan kemaraan. Skuad kendalian Belgium memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi De Ketelaere. Gol itu berpunca daripada gerakan pantas yang dimulakan Leandro Tro

Editor
Jul 72 min read


CRISTIANO RONALDO: ‘ THE LAST DANCE AT THE WORLD CUP ’
Tirai akhirnya berlabuh buat seorang legenda. Selepas dua dekad menghiburkan peminat di pentas tertinggi bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo menamatkan perjalanan Piala Dunia yang penuh warna tanpa sempat menjulang trofi paling berprestij itu. Kekalahan 0-1 Portugal kepada Sepanyol pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 menjadi noktah kepada penampilan terakhir Ronaldo di kejohanan tersebut, sekali gus menutup lembaran kariernya di pentas Piala Dunia yang bermula seja

Editor
Jul 72 min read


SEPANYOL SINGKIR PORTUGAL, AKHIRI PENAMPILAN RONALDO DI PENTAS PIALA DUNIA
Sepanyol melangkah ke suku akhir Piala Dunia FIFA selepas menewaskan Portugal 1-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik yang berlangsung di Stadium Dallas, awal pagi Selasa. Jaringan tunggal pemain tengah, Mikel Merino pada masa tambahan babak kedua sudah memadai untuk memastikan juara dunia 2010 itu meneruskan kemaraan, sekali gus menamatkan cabaran Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo. Kekalahan itu turut menyaksikan Ronaldo mengakhiri penampilan terakhirnya di pentas Piala Du

Editor
Jul 71 min read


PIALA DUNIA 2026, PENAMPILAN TERAKHIR CRISTIANO RONALDO BERSAMA PORTUGAL
Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa kempen Portugal di Piala Dunia FIFA 2026 merupakan penampilan terakhirnya dalam kejohanan bola sepak paling berprestij itu, sekali gus menutup perjalanan panjangnya bersama skuad kebangsaan di pentas Piala Dunia. Pemain berusia 41 tahun itu membuat pengesahan berkenaan ketika ditemui pada sidang media selepas aksi Portugal pada awal pagi Isnin. Kenyataan tersebut turut dilaporkan wartawan perpindahan terkenal, Fabrizio Romano. "Ya, ini ada

Editor
Jul 61 min read


PIALA DUNIA: ENGLAND TEWASKAN MEXICO 3-2, TEMPAH TIKET KE SUKU AKHIR
England mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia 2026 selepas menewaskan tuan rumah, Mexico, 3-2 dalam aksi pusingan 16 terbaik yang berlangsung penuh dramatik di Estadio Azteca, awal pagi tadi. Perlawanan yang pada asalnya dijadualkan bermula pada jam 6 petang waktu tempatan terpaksa ditangguhkan selama sejam berikutan ribut petir, namun kelewatan itu tidak menjejaskan kehangatan aksi di hadapan lebih 80,000 penyokong tuan rumah. Mexico mempamerkan aksi lebih meyakinka

Editor
Jul 62 min read


PIALA DUNIA: NEYMAR UMUM BERSARA, SELEPAS TERSINGKIR DI PIALA DUNIA
Penyerang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa selepas Brazil tersingkir daripada saingan Piala Dunia FIFA 2026 susulan kekalahan 1-2 kepada Norway pada aksi pusingan 16 terbaik di MetLife Stadium, awal pagi tadi. Pemain berusia 34 tahun itu mengesahkan keputusan berkenaan sejurus tamat perlawanan, sekali gus menutup tirai perjalanan panjangnya bersama skuad The Seleção yang bermula lebih sedekad lalu. "Saya dah cuba, saya dah cuba. Na

Editor
Jul 61 min read


PIALA DUNIA: FIFA BENARKAN BALOGUN BERAKSI, CETUS KONTROVERSI AKSI BERTEMU BELGIUM
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membuat keputusan luar biasa apabila menangguhkan pelaksanaan penggantungan satu perlawanan ke atas penyerang Amerika Syarikat, Folarin Balogun, sekali gus membolehkannya diturunkan dalam aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 menentang Belgium awal pagi esok. Keputusan itu diumumkan selepas Rumah Putih dilaporkan menghubungi Presiden FIFA, Gianni Infantino, bagi meminta badan induk bola sepak dunia itu menyemak semula insiden kad

Editor
Jul 62 min read


PIALA DUNIA: HAALAND LEDAK DUA GOL, SINGKIR BRAZIL, BAWA NORWAY KE SUKU AKHIR
Norway melakar sejarah apabila mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 buat julung kali selepas mengejutkan gergasi Amerika Selatan, Brazil, 2-1 dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium New York New Jersey, awal pagi tadi. Penyerang sensasi, Erling Haaland muncul wira skuad kendalian Ståle Solbakken apabila meledak dua gol lewat permainan untuk menyingkirkan juara dunia lima kali itu daripada kejohanan. Selepas kedua-dua pasukan buntu sepanjang sebahagian besar perlawanan,

Editor
Jul 61 min read


PIALA DUNIA: PERANCIS SINGKIR PARAGUAY, BERTEMU MAGHRIBI DI SUKU AKHIR
Perancis mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Paraguay 1-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik yang berlangsung sengit di Stadium Philadelphia, awal pagi tadi. Gol tunggal menerusi sepakan penalti yang disempurnakan kapten pasukan, Kylian Mbappé pada minit ke-70, sudah memadai untuk memastikan Les Bleus meneruskan kemaraan, sekali gus menamatkan cabaran Paraguay dalam kejohanan edisi kali ini. Perlawanan berlangsung seimbang apabila Paraguay be

Editor
Jul 51 min read


PIALA DUNIA: MAGHRIBI PASUKAN PERTAMA KE SUKU AKHIR, TEWASKAN KANADA 3-0
Maghribi muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan tuan rumah bersama, Kanada, 3-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik yang berlangsung awal pagi Ahad. Skuad kendalian Maghribi mempamerkan aksi tersusun dan berdisiplin untuk menundukkan Kanada di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah, dengan pemain tengah Azzedine Ounahi muncul wira apabila meledak dua gol bagi memastikan wakil Afrika itu meneruskan kemaraan ke k

Editor
Jul 51 min read


PIALA DUNIA: COLOMBIA LENGKAPKAN SENARAI 16 TERBAIK SELEPAS TEWASKAN GHANA 1-0
Colombia melengkapkan senarai pasukan yang layak ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Ghana 1-0 dalam aksi pusingan 32 terbaik, sekali gus mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat kalah mati. Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah, Jhon Arias pada minit ke-13 menerusi penyudah tenang dari dalam kawasan penalti selepas memanfaatkan peluang yang terhidang. Colombia yang dibarisi tonggak berpengalaman seperti James Rodríguez dan Luis Día

Editor
Jul 41 min read


PIALA DUNIA: CAPE VERDE, NEGERA KECIL YANG BERJIWA BESAR
Walaupun tewas 2-3 selepas masa tambahan kepada Argentina pada pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026, Cape Verde meninggalkan kejohanan dengan penuh penghormatan daripada peminat bola sepak seluruh dunia. Malah, ramai menganggap mereka sebagai salah satu kisah paling luar biasa dalam sejarah Piala Dunia moden. Antara faktor mengapa Cape Verde tetap dihormati ialah: Mampu mengheret juara bertahan hingga 120 minit. Argentina terpaksa bekerja keras sebelum menang 3-2 selepas mas

Editor
Jul 42 min read


PIALA DUNIA: ARGENTINA KE SUKU AKHIR, SELEPAS 120 MINIT DALAM MASA TAMBAHAN
Juara bertahan, Argentina, menepati ramalan apabila mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 selepas menewaskan Cape Verde 3-2 menerusi aksi dramatik yang berlanjutan hingga 120 minit di Miami, awal pagi tadi. Skuad kendalian Lionel Scaloni itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh Cape Verde yang mempamerkan semangat juang tinggi dalam penampilan sulung mereka di pentas Piala Dunia. Penjaga gol veteran Cape Verde, Vozinha atau nama sebenarnya Josimar José E

Editor
Jul 41 min read


MESIR MARA KE PUSINGAN 16 TERBAIK, TEWASKAN AUSTRALIA MENERUSI PENALTI
Mesir mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia FIFA selepas menewaskan Australia 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi pusingan kalah mati yang berlangsung sengit. Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas mengharungi 120 minit permainan, sekali gus memaksa perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti sebelum skuad The Pharaohs muncul pemenang untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Australia yang mempertaruhkan gandingan pertahanan tinggi lampai dike

Editor
Jul 41 min read


PIALA DUNIA: SWITZERLAND MARA KE PUSINGAN 16 TERBAIK SELEPAS TUNDUKKAN ALGERIA 2-0
Switzerland mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Algeria 2-0 dalam aksi pusingan 32 terbaik yang berlangsung di BC Place, Vancouver, Amerika Syarikat, hari ini. Anak buah Murat Yakin mempamerkan aksi meyakinkan apabila membuka jaringan seawal minit ke-10 menerusi penyudah kemas Breel Embolo untuk meletakkan Switzerland di hadapan. Algeria kemudian berusaha mencari gol penyamaan menerusi beberapa gerakan serangan, namun pertahanan Swi

Editor
Jul 31 min read


PIALA DUNIA: RONALDO HORMATI MODRIC, MUNGKIN AKSI TERAKHIR DI PIALA DUNIA
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, meluahkan penghormatan tinggi kepada kapten Croatia, Luka Modric, sejurus tamat perlawanan pusingan 32 terbaik Piala Dunia 2026 yang menyaksikan Portugal menewaskan Croatia 2-1 di Stadium Toronto. Ronaldo berkata beliau berasa gembira melihat bekas rakan sepasukannya di Real Madrid itu masih mampu beraksi pada tahap tertinggi meskipun sudah mencecah usia 40 tahun. “Saya bermain bersama Modric selama bertahun-tahun. Saya gembira melihat bel

Editor
Jul 31 min read


PIALA DUNIA: HARGA TIKET TERMAHAL PERLAWANAN, CECAH RM14,000 SEORANG
Perlawanan pusingan 32 terbaik Piala Dunia FIFA 2026 membabitkan Portugal dan Croatia di Toronto muncul antara aksi dengan harga tiket paling tinggi sepanjang kejohanan edisi kali ini, didorong permintaan luar biasa daripada penyokong kedua-dua pasukan. Pertembungan itu turut mendapat perhatian meluas kerana berkemungkinan menjadi penampilan terakhir dua ikon bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan Luka Modrić, di pentas Piala Dunia. Berdasarkan anggaran harga, tiket rasmi ya

Editor
Jul 31 min read


RAMOS MUNCUL WIRA, PORTUGAL SINGKIR CROATIA DI PIALA DUNIA
Jaringan lewat masa kecederaan oleh Gonçalo Ramos memastikan Portugal menewaskan Croatia 2-1 dalam aksi pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 di Stadium Toronto, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik. Kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama tanpa sebarang jaringan meskipun masing-masing mencipta beberapa peluang berbahaya, namun ketumpulan penyudah menyaksikan keputusan 0-0 kekal hingga rehat. Croatia terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-5

Editor
Jul 31 min read


UNAI SIMÓN CIPTA REKOD BAHARU PIALA DUNIA, ATASI CATATAN WALTER ZENGA
Penjaga gol Sepanyol, Unai Simón, mengukir sejarah baharu Piala Dunia apabila mencatat rekod tempoh paling lama tanpa dibolosi gol dalam kejohanan itu, sekali gus memadam rekod yang bertahan sejak lebih tiga dekad. Pemain berusia 29 tahun itu merekodkan 519 minit tanpa dibolosi selepas membantu Sepanyol menewaskan Austria 3-0 pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, sekali gus mengatasi rekod 517 minit milik bekas penjaga gol Itali, Walter Zenga, yang dicatatkan pada edisi

Editor
Jul 31 min read
bottom of page

