top of page
News


JDT II JUARA LIGA A1 SEMI-PRO 2025/26
Kredit Foto Johor Southern Tigers Aksi penutup Liga A1 Semi-Pro 2025/2026 berlangsung penuh meriah apabila juara baharu, Johor Darul Ta’zim II (JDT II), turun melayan cabaran Imigresen FC II di Stadium MBPG, malam tadi. Perlawanan yang bermula jam 8.45 malam itu pastinya menjadi pentas sambutan buat skuad muda Harimau Selatan selepas mereka sah dinobatkan sebagai juara Liga A1 Semi-Pro musim ini. Sebelum itu, kejayaan JDT II telah disahkan selepas bangkit mengikat Kelantan WT

Editor
May 251 min read


KEBANGKITAN “Si Budak Ajaib” | The Silent Assassin” RETURNS.
ENAM BULAN MOTIVASI RUNTUH! Pada November 2025, Arif Aiman Hanapi diuji dengan kecederaan serius yang memaksanya berehat panjang. Sudah pasti pelbagai emosi negatif menguasai diri. Siapa yang tidak risau apabila prestasi sedang berada di tahap terbaik dan namanya mula harum di pentas Asia, namun tiba-tiba diuji dengan kecederaan? RAWATAN DI FASILITI BERTARAF DUNIA Sejurus mengalami kecederaan, Arif Aiman diterbangkan ke Eropah untuk mendapatkan rawatan khas daripada pakar bed

Editor
May 252 min read


ARIF AIMAN: HILANG ARAH, BERSENDIRIAN DAN FIKIR KARIER BAKAL BERAKHIR
Pemain sayap berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mengakui pernah hilang arah dan berdepan tempoh paling sukar dalam kariernya sepanjang enam bulan bergelut dengan kecederaan sebelum kembali membantu Harimau Selatan menjulang kejuaraan. Kepulangan semula tonggak muda sensasi itu nyata cukup bermakna apabila dia muncul wira JDT dalam final Piala Malaysia menerusi jaringan cantik dari luar kotak penalti ketika menewaskan Kuching City FC sekali gus memastikan Joho

Editor
May 241 min read


ALLAH MAHA BESAR. ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALA REZEKI
Johor Darul Ta'zim terus mengukir sejarah tersendiri apabila muncul juara Piala Malaysia buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail menyifatkan kejayaan itu sebagai satu lagi detik bersejarah buat Harimau Selatan dan landskap bola sepak negara. “Allah Maha Besar. Allah yang menentukan segala rezeki. “Final berkualiti tinggi, tiada politik, tiada kebencian, hanya seman

Editor
May 241 min read


JOHOR CUTI PERISTIWA SEMPENA JDT JUARA PIALA MALAYSIA
Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri itu sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim menjuarai Piala Malaysia musim 2025/26. Pengisytiharan berkenaan dibuat atas perkenan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selepas Harimau Selatan berjaya menewaskan Kuching City FC 2-0 dalam aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kejayaan itu sekali lagi membuktikan komitmen berterusan Jo

Editor
May 241 min read


MALAM GEMILANG AIRF AIMAN, JADI HADIAH HARI BAHAGIA
Johor Darul Ta’zim FC meneruskan dominasi mereka di dalam kejohanan Piala Malaysia apabila mengekalkan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut sejak 2022. Hampir 180 hari tidak beraksi, tidak menjadi ianya adalah halangan buat Arif Aiman Hanapi untuk membantu pasukannya untuk menang dengam dua jaringan tanpa balas. Sebelum beliau dibawa masuk, Arif Aiman ada mengungkapkan kata-kata buat Xisco Munoz dan perkara ini dikongsikan oleh jurulatih kelahiran Sepanyol tersebut se

Editor
May 241 min read


PIALA MALAYSIA: JDT LENGKAPKAN SEMUA PIALA KEJUARAAN LIGA MALAYSIA
Johor Darul Ta'zim FC akhirnya mengesahkan status selaku kuasa besar bola sepak negara apabila berjaya menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Kuching City FC 2-0 dalam aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Skuad kendalian Xisco Munoz turun dengan barisan terbaik apabila mempertaruhkan Bergson Da Silva selaku tonggak utama di jentera serangan, dibantu kreativiti Marcos Guilherme di bahagian tengah. Dalam masa sama, Kuching City membua

Editor
May 242 min read


PIALA MALAYSIA: JUARA QUADRUPLE, EDISI KE-99 MILIK JDT
Johor Darul Ta'zim (JDT) menghadirkan permainan cukup dramatik apabila menghasilkan dua gol di penghujung permainan sebelum dinobat sebagai juara Piala Malaysia menewaskan Kuching City di TM Stadium Nasional, malam tadi. Status pilihan utama jelas memihak kepada Johor Darul Ta'zim FC, namun Kuching City FC membuktikan mereka bukan hadir sekadar pelengkap jadual apabila memberikan tentangan sengit dalam aksi final Piala Malaysia 2025/2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Johor

Editor
May 241 min read


JDT: MR MVP TERSENARAI PEMAIN YANG BERAKSI DI PENTAS FINAL
Arif Aiman Hanapi kembali memberi khabar gembira buat Johor Darul Ta'zim apabila disahkan pulih daripada kecederaan hamstring menjelang aksi final Piala Malaysia menentang Kuching City FC di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Ketua jurulatih Harimau Selatan, Xisco Muñoz, memaklumkan pemain sayap kebangsaan itu sudah kembali menyertai latihan penuh bersama pasukan, namun tahap kecergasannya masih belum berada pada kondisi terbaik selepas berehat panjang akibat kecederaan. Menurut

Editor
May 221 min read


PIALA MALAYSIA: THE CATS HADIR DI PENTAS FINAL UNTUK MENCIPTA SEJARAH
Ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak percaya kejayaan Kuala Lumpur City FC mengejutkan Johor Darul Ta'zim pada final Piala Malaysia 2021 mampu menjadi inspirasi terbaik buat Kuching City FC menjelang aksi final Piala Malaysia di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam esok. Skuad The Cats hadir ke pentas final dengan status ‘underdog’, sama seperti situasi yang pernah dilalui KL City lima tahun lalu ketika berdepan Harimau Selatan yang terkenal sebagai kuasa besar bola sepak ta

Editor
May 222 min read


PIALA MALAYSIA: EDISI KE-99 ADALAH AKSI FINAL ISTIMEWA SAYA - BERGSON
Bakal penyerang naturalisasi Harimau Malaya, Bergson da Silva menegaskan setiap aksi final bersama Johor Darul Ta'zim sentiasa membawa makna tersendiri dan tidak pernah dianggap mudah walaupun pasukannya memiliki reputasi besar di pentas domestik. Penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super itu berkata, setiap peluang beraksi di pentas final perlu dihargai sepenuhnya kerana masa depan dalam bola sepak sukar dijangka. Menurut Bergson, fokus utama skuad Harimau Selatan ketik

Editor
May 221 min read


PIALA MALAYSIA: JDT TETAP WASPADA KEMAMPUAN KUCHING CITY
Jurulatih Johor Darul Ta'zim, Xisco Muñoz mengakui rekod ampuh Kuching City FC bakal menjadi cabaran utama menjelang aksi final Piala Malaysia 2025–26, esok. Pertembungan final itu menyaksikan JDT selaku juara bertahan turun dengan misi mempertahankan trofi, manakala Kuching City mencipta sejarah apabila mara ke pentas akhir buat kali pertama sejak penubuhan kelab itu 10 tahun lalu. Walaupun Harimau Selatan dilabel sebagai pasukan pilihan, Xisco tetap enggan memandang mudah k

Editor
May 221 min read


SHOPEE CUP: DUA KAD MERAH BURIRAM, JDT GAGAL MANFAAT DALAM MASA TAMBAHAN
Photo by Aseanutdfc Impian Johor Darul Ta'zim untuk melangkah ke pentas final Piala Shopee Kejuaraan Kelab Asia (ACC) berkecai selepas tewas secara agregat 3-4 kepada Buriram United dalam aksi separuh akhir kedua yang penuh dramatik di Thailand, malam tadi. Meskipun berjaya mencatat kemenangan 2-1 di gelanggang lawan, skuad Harimau Selatan tetap gagal mara apabila kekalahan 1-3 pada aksi pertama di Stadium Sultan Ibrahim minggu lalu akhirnya menghantui perjalanan mereka. Perl

Editor
May 131 min read


JDT: CIPTA REKOD LUARBIASA, KINI MENYAMAI REKOD DUNIA
Kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim FC (JDT) terus membuktikan status mereka sebagai kuasa dominan bola sepak tempatan apabila secara rasmi menyamai rekod dunia 108 perlawanan liga tanpa kalah selepas membelasah Kelantan The Real Warriors FC 14-1 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. Kemenangan bergaya itu bukan sahaja menutup kempen Liga Super musim ini dengan penuh bergaya, malah meletakkan Harimau Selatan sebaris dengan kelab tersoho

Editor
May 112 min read


LIGA SUPER: JDT BERPESTA GOL, TUTUP MUSIM 2025/26 PENUH GAYA
Johor Darul Ta'zim FC menutup kempen Liga Super 2025/2026 dengan penuh bergaya apabila membelasah Kelantan The Real Warriors 14-1 dalam aksi terakhir di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus melakar kemenangan terbesar musim ini. Skuad kendalian Xisco Munoz jelas berada di kelas tersendiri apabila mendominasi permainan sejak wisel permulaan dengan gandingan berbisa Bergson da Silva, Manuel Hidalgo dan Yago César mengetuai jentera serangan Harimau Selatan. JDT hanya memerlukan 47

Editor
May 112 min read


SHOPEE CUP: BURIRAM UNITED TEWASKAN JDT, BAWA BEKALAN SELESA KE THAILAND
Johor Darul Ta'zim berada dalam misi sukar untuk mara ke final Shopee Cup selepas tewas 1-3 kepada Buriram United dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim. Pasukan dari Thailand itu membawa bekalan selesa dua gol menjelang aksi timbal balik di laman sendiri pada 13 Mei nanti. Buriram membuka jaringan menerusi penyerang Brazil, Guilherme Bissoli pada minit ke-34 sebelum Goran Causic menambah gol kedua menjelang tamat babak pertama. Tersentak dengan dua gol aw

Editor
May 71 min read


LIGA SUPER: SERI BERTEMU TFC, JDT TETAP LAKAR REKOD TANPA KALAH
Johor Bahru: Juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), terus mengorak langkah memburu lakaran sejarah dunia meskipun sedikit tersasar apabila sekadar seri 1-1 menentang Terengganu FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi. Keputusan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan masih mengekalkan rekod kebal mereka dalam saingan liga domestik, sekali gus menghampiri satu pencapaian luar biasa di pentas antarabangsa. Ketika ini, JDT d

Editor
Apr 122 min read


LIGA SUPER: JDT SAMBUT RAYA AWAL, JUARAI LIGA SUPER KALI KE-12
Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan dominasi dalam bola sepak tempatan apabila mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-12 berturut-turut selepas menewaskan DPMM FC 3-0 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, malam tadi. Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan sudah tidak mampu dipintas pencabar lain walaupun masih berbaki lima perlawanan liga musim ini. JDT membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi Ager Aketxe , selepas dua percubaan terdahulu dibatalkan

Editor
Mar 161 min read


ACLE: DENDAM TERBALAS, “THREE ARROWS HIROSHIMA” BOLOS TIGA GOL DI SSI
ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan penting apabila menewaskan kelab gergasi Jepun, Sanfrecce Hiroshima 3-1 dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam tadi. Kemenangan itu memberi kelebihan berharga buat skuad Harimau Selatan sebelum mengharungi aksi timbal balik yang dijadualkan berlangsung di Hiroshima, Jepun pada 11 Mac ini. Seperti dijangka, kedua-dua pasukan turun dengan

Editor
Mar 53 min read


ACLE: JDT BERPELUANG LAKAR SEJARAH DI SSI
Menjelang pertembungan penting pusingan 16 terbaik AFC Champions League Elite (ACLE), ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Muñoz memberi jaminan anak buahnya akan memberikan segala-galanya apabila turun menentang wakil Jepun, Sanfrecce Hiroshima di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. Pengendali kelahiran Sepanyol itu menegaskan bahawa perlawanan pertama pusingan kalah mati tersebut amat penting buat skuad Harimau Selatan dalam usaha membina kelebihan sebelum aksi ti

Editor
Mar 42 min read
bottom of page

